fb fb fb fb fb

Seorang cedera kemalangan tujuh kenderaan di Nilai

Kemalangan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira pukul 7.30 petang, pada Selasa.

NILAI, 13 Disember - Seorang pemandu cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan termasuk sebuah bas di Lebuhraya Utara-Selatan, kira-kira pukul 7.30 petang, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan enam buah kereta.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku susulan sebuah kereta dipercayai berhenti secara mengejut.

"Ini menyebabkan kenderaan lain yang berada di belakang kereta tersebut tidak sempat menekan brek lalu berlaku perlanggaran," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Abdul Malik, pemandu yang ceder telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk mendapatkan rawatan.

Kes diklasifikasi di bawah Kaedah 10 L-N 166/59 kaedah-kaedah lalulintas dan siasatan lanjut masih diteruskan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN