Semua sekolah beroperasi seperti biasa esok

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Semua institusi pendidikan bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) beroperasi seperti biasa esok (28 Oktober)

RINGKASAN BERITA AI
  • Menggalakkan murid memakai pelitup muka akibat keadaan jerebu tidak menentu.
  • Utamakan keselamatan dan patuhi arahan pihak berkuasa serta langkah berjaga-jaga berkaitan jerebu.
  • Ibu bapa atau penjaga yang bimbang boleh tidak menghantar anak selepas memaklumkan kepada sekolah.
  • Aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan mengikut kualiti udara; pentadbir diminta pantau bacaan IPU dan murid berisiko.

Bagaimanapun, JPN Selangor meminta warga sekolah mengambil beberapa ketetapan kesihatan termasuk menggalakkan murid memakai pelitup muka di sekolah berikutan keadaan jerebu yang tidak menentu.

“Semua pihak diminta agar terus mengutamakan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah, di samping mematuhi arahan dan langkah berjaga-jaga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berikutan keadaan jerebu,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan JPN Selangor.

Tambah kenyataan tersebut, Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan kesihatan anak-anak dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak sekolah.

Manakala semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan mengikut keadaan kualiti udara semasa.

Pihak pentadbir sekolah juga diingatkan sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) serta memberikan perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi

Sebarang perkembangan terkini akan disampaikan melalui saluran rasmi JPNS dan pihak sekolah bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang sahih dan terkini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.