fb fb fb fb fb

Semua komuniti berperanan dalam pembinaan negara bangsa

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian

KUCHING, 19 Mei - Sarawak kini dalam era pembinaan negara bangsa hingga 2030 dan masa terbaik untuk semua rakyatnya merebut peluang tersebut termasuk komuniti Sikh meskipun hanya minoriti di negeri itu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, semua pihak mempunyai peranan masing-masing sebagai penyumbang kepada pembagunan negara.

"Saya berharap usaha ini diteruskan dan sebaiknya mengelak menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) yang boleh membantutkan pembagunan negara," katanya dalam Majlis Malam Vaisakhi 2024 yang menandakan musim menuai berdasarkan kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, (BCCK) di sini.

Lebih kurang 300 komuniti Sikh hadir pada Majlis anjuran bersama-sama Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) Jabatan Premier Sarawak tersebut.

Seramai 16 warga emas berumur 80 tahun keatas turut diraikan pada majlis tersebut selain pemberian geran daripada UNIFOR kepada persatuan yang diterima Pengerusinya Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira.

TETITIA YUSOFF