fb fb fb fb fb

"Semoga perayaan tahun baharu tahun ini bawa kebahagiaan & rezeki bertambah"- Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini.

Beliau melalui laman X berkata, rakyat di negara ini perlu terus tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan MADANI.

Katanya, ia selari dengan Tahun Naga, tahun ini yang membawa maksud kekuatan dan karisma, selain sifat kreativiti dan keyakinan.

"Di pihak Kerajaan, kerja kita akan lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya. Ekonomi mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan, kebejatan (kerosakan) mesti dijauhkan serta perpaduan diperkukuh", katanya.

"Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah.

ROSLINA BINTI DIN