fb fb fb fb fb

'Semoga negara lebih cemerlang bawah naungan Tuanku'

Sultan Johor Sultan Ibrahim secara rasminya diisytiharkan sebagai sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara pagi tadi/FOTO Jabatan Penerangan Malaysia (JaPEN)

SUBANG, 31 Januari - Rakyat Malaysia meluahkan rasa teruja, terharu dan bangga ketika menyambut ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini.

Sultan Ibrahim selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang tepat pukul 9.40 pagi, disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah, serta pegawai kerajaan.

"Saya dan kawan hadir di sini awal pagi tadi dan berasa sangat bangga kerana dapat peluang menyaksikan kehadiran baginda yang menjadi menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-17. Harapan kami semua sebagai rakyat jelata, harap agar Tuanku dapat menjadi seorang pemimpin kepada negara kita ke arah yang lebih cemerlang," kata Mohamad Zamri Fadzir.

"Alhamdulillah rasa teruja rasa bersyukur sebab kami berpeluang untuk hadir ke sini seawal 6.00 pagi tadi untuk menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim. Harapan kami, semoga Tuanku dapat mentadbir dengan cemerlang dapat supaya rakyat negara ini dapat menikmati kemakmuran dan seterusnya negara kita akan lebih dikenali di dunia peringkat antarabangsa," kata Salwati Saad.

"Kami agak terujalah dengan kerana untuk kebanyakan kakitangan di jabatan kami, ini adalah kali pertama kami dilibatkan dalam istiadat Keberangkatan Tiba Agong yang baru. Harapan baru kami ingin mengucapkan selamat berusaha dalam peranan beliau sebagai Agong ke-17. Diharapkan 5 tahun pemerintahan baginda sebagai Agong akan membawa lebih banyak perhatian serantau dunia," kata Deborah Tan Sue Yuen.

"Perasaan kali ini sungguh berbeza sebab saya tak pernah buat benda hal-hal seperti ini sebelum ni. Saya rasa terujalah boleh jumpa boleh lambai Tuanku," kata PA Arul Malar.

Sultan Johor Sultan Ibrahim secara rasminya diisytiharkan sebagai sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara pagi tadi.

Baginda sebagai Ketua Utama Negara baharu berikrar akan melaksanakan pemerintahan dengan adil dan mengaku akan bersungguh-sungguh memelihara dan mempertahankan pada setiap masa kesucian agama Islam, keamanan dan kesejahteraan rakyat.

GRACE AISYAH KEDAYAN