fb fb fb fb fb

Sematan berpotensi sebagai tapak pelancaran satelit

Foto BERNAMA

KUCHING, 15 September- Sematan di Lundu, Sarawak, berpotensi sebagai tapak pelancaran satelit.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pemilihan lokasi itu mengambil kira kedudukannya yang lebih dekat dengan garisan Khatulistiwa.

Sehubungan itu, Sarawak akan bekerjasama dengan Agensi Aeroangkasa Negara sebagai persediaan membangunkan tenaga kerja bagi inisiatif itu.

"Bermakna ini satu industri yang menyeluruh dan kita telah melantik 'i-CATS University College' dan Swinburne ('Swinburne University of Technology') bekerjasama dalam jurusan baharu 'Bachelor Of Aersospace Engineering'. Kita mesti bersedia awal untuk kita latihkan anak-anak kita dalam indsutri ini," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM