fb fb fb fb fb

Selangor sasar pasang 1,000 pengecas ev tahun ini

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan 1,000 pemasangan pengecas kereta elektrik (ev) ke seluruh kawasan negeri menjelang hujung tahun ini.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Selangor, NG Sze Han berkata, pemasangan pengecas bagi kereta ev tersebut telah bermula.

Malah katanya, turut akan tersedia adalah beberapa pengecas 'super charger' bagi pengguna kereta Tesla.

Buat masa ini katanya, antara tempat yang mempunyai 'super charger' adalah seperti di Cyberjaya, Sunway Pyramid serta di IOI City Mall.

"Penggunaan kereta ev semakin popular dan Kerajaan Negeri Selangor juga telah menerima banyak cadangan daripada syarikat-syarikat yang ingin memasang pengecas di seluruh negeri.

"Kami mengalu-alukan semua cadangan daripada pemain industri pemasangan pengecas EV dan sasaran kami adalah kita hendak memasang 1,000 pengecas ev dan sekarang progressnya adalah sangat lancar serta semakin banyak pengecas ev yang boleh kita perolehi diseluruh negeri Selangor,"katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri selangor telah merancang satu inisiatif bagi menambah pengecas ev di setiap stesen minyak di negeri Selangor.

Beliau ditemui wartawan RTM selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri hari ini. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE