Selangor perkukuh sektor perniagaan kecil

Datuk Seri Amirudin Shari / BERNAMA

SHAH ALAM, 16 November– Sektor perniagaan kecil di Selangor akan terus diperkukuh, menerusi kerjasama strategik dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

RINGKASAN BERITA AI
  • Menyediakan ekosistem perniagaan menyeluruh termasuk bantuan, kemudahan dan peluang meluaskan pasaran untuk penjaja serta usahawan.
  • Penganjuran Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Selangor 2026 menjadi platform memperluas penyertaan usahawan tempatan.
  • Kerajaan negeri membangunkan ekosistem lengkap supaya penjaja dan usahawan boleh berdaya saing, terlibat dan berkembang.
  • Inisiatif memberi peluang kepada penjaja dan usahawan mengembangkan perniagaan serta memperkukuh capaian pasaran.

Langkah itu bagi memastikan golongan penjaja dan usahawan mendapat peluang mengembangkan perniagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu termasuk menyediakan ekosistem perniagaan yang lebih menyeluruh, merangkumi bantuan, kemudahan serta peluang meluaskan pasaran.

Beliau berkata, penganjuran Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Selangor 2026 turut menjadi platform memperluas penyertaan usahawan tempatan melalui penglibatan PBT masing-masing.

“Kerajaan negeri ingin membangunkan ekosistem yang lengkap kepada penjaja dan usahawan supaya mereka boleh berdaya saing, boleh terlibat dan berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.