fb fb fb fb fb

Selangor masih destinasi pilihan pelabur asing

(Datuk Seri Amirudin melancarkan pusat baharu Kerry di Petaling Jaya)

PETALING JAYA, 4 Oktober- Selangor masih menjadi destinasi pilihan kepada pemain industri asing untuk melakukan pelaburan.

Baru-baru ini, syarikat ramuan, perisa dan pemakanan terkemuka dunia, KERRY membuka pusat baharu di Selangor bernilai RM15.89 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penubuhan perkhidmatan perniagaan digital global itu selari dengan strategi utama Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

"Pada 2 Ogos lalu RS-1 telah dilancarkan bagi tempoh 2021-2025 dengan objektif memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan sosial negeri. Rangka kerja RS1 akan menawarkan persekitaran lebih komprehensif ke arah mencapai sasaran Program Smart Selangor yang dilaksanakan untuk menjadikan Selangor sebuah negeri pintar dan berdaya huni menjelang 2025," kata Amirudin selepas melancarkan pusat baharu Kerry di sini.

Pusat baharu itu akan mewujudkan lebih 400 pekerjaan baharu, dan meningkatkan kemahiran pekerja tempatan.

(Datuk Seri Amirudin berkata Selangor masih destinasi pilihan pelabur asing)

Media Baharu