Selangor laksana penstrukturan semula sekolah tahfiz, agama swasta

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin

SHAH ALAM, 14 Januari -Isu pematuhan peraturan melibatkan sekolah tahfiz dan sekolah agama swasta di Selangor ditangani menerusi pendekatan penstrukturan semula secara berfasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penstrukturan semula dijalankan secara berfasa untuk tangani isu pematuhan peraturan sekolah tahfiz dan sekolah agama swasta.
  • Tujuan utama memastikan operasi institusi agama selamat dan mematuhi keperluan ditetapkan.
  • Fokus termasuk pengesahan pendaftaran, keselamatan bangunan, serta kesihatan persekitaran.
  • Keserasian lokasi operasi turut menjadi kriteria penilaian dalam proses penstrukturan.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, langkah itu bagi memastikan semua institusi pendidikan agama di negeri tersebut beroperasi dalam keadaan selamat serta mematuhi keperluan yang ditetapkan.

“Fokus utama merangkumi pengesahan pendaftaran, aspek keselamatan bangunan, tahap kesihatan persekitaran, selain kesesuaian lokasi operasi,” katanya pada Majlis Perutusan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini.

Setakat 24 Disember lalu, proses pemutihan melibatkan sekolah tahfiz di Selangor hampir selesai dengan tahap pencapaian mencecah 96 peratus.