fb fb fb fb fb

Selamatkan 2,248.28 kg sisa makanan di bazar Ramadan Johor, elak pembaziran

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 28 Mac - Program 'My Save Food @ Bazar Ramadan' berjaya menyelamatkan sebanyak 2,248.28 kilogram (kg) sisa makanan dari 46 bazar Ramadan di seluruh Johor sepanjang bulan puasa ini.

Pengumpulan makanan dan minuman yang tidak habis dijual peniaga bazar akan diberikan kepada golongan memerlukan di Masjid dan pelajar Institusi Pengajian Awam (IPTA) bagi mengelakkan pembaziran.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp) Johor Zainal Fitri Ahmad berkata, jumlah pengumpulan makanan yang dapat diselamatkan adalah yang tertinggi berbanding tahun sebelumnya.

"Bagi sisa makanan sepanjang tahun lepas, kita dapat kurangkan sebanyak 3.28% dapat kurangkan. Jadi tahun ini kita jangka kita dapat kurangkan lagi sisa makanan ini dan jangkaan sepanjang bulan Ramadan dengan kempen-kempen tidak henti kita buat," kata Zainal kepada pemberita, di sini.

Program tersebut akan dijalankan secara berterusan hingga Aidilfitri nanti bagi mendidik masyarakat supaya mengamalkan sikap berjimat cermat dalam menguruskan makanan.

SW Corp Negeri Johor menyeru agar masyarakat dapat merancang menyediakan makanan secukupnya supaya tidak berlaku pembaziran.

TETITIA YUSOFF