fb fb fb fb fb

Sektor telekomunikasi, ekonomi kreatif fokus Kementerian Komunikasi - Fahmi

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 3 September- Kementerian Komunikasi akan memfokuskan sektor telekomunikasi serta ekonomi kreatif dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentang pada Oktober depan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, penumpuan tersebut diberikan susulan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memastikan semua sekolah dan institut pendidikan tinggi (IPT) mendapat capaian internet terbaik dalam dan luar bangunan sekolah.

"Kita lihat ada beberapa perkara yang kita cadang dan kita tunggu menjelang 18 Oktober nanti sempena bajet tetapi keutamaan bagi pihak kementerian semestinya sektor tekomunikasi khusus mengenai capaian internet bagi para pelajar sekolah mahupun IPT dan sektor industri atau ekonomi kreatif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan pelancaran Kempen CIMB Bank Bhd 'Kita Bagi Jadi' dengan kerjasama MyCreative Ventures (MyCreative) dan Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) di ibu negara.

Fahmi berkata Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada 18 Oktober depan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI