TOKYO, 24 Oktober- Aktiviti kilang Jepun menyusut untuk bulan kelima berturut-turut pada Oktober manakala sektor perkhidmatan menyaksikan pertumbuhan paling lemah tahun ini menurut tinjauan pada Selasa.
Indeks pengurus pembelian (PMI) perkilangan au Jibun Bank kekal tidak berubah pada 48.5 pada Oktober. Indeks itu kekal bawah ambang 50.0 daripada pengembangan sejak Jun.
Dalam tinjauan Ekonomi di S&P Global Market Intelligence menunjukkan pengeluaran merosot pada kadar terpantas dalam lapan bulan disebabkan penurunan dalam pesanan baharu. Ia ditekan oleh kapasiti yang lebih rendah serta tahap pekerjaan merosot kepada penguncupan buat kali pertama sejak Februari 2021.
Inflasi harga input mencecah paras terendah dalam tiga bulan menyebabkan tekanan kos berkurangan.
Kerajaan berkata inflasi teras Jepun bulan lepas berada pada tahap perlahan iaitu berada bawah ambang 3% buat kali pertama dalam lebih setahun.
Bagaimanapun, data PMI Oktober menunjukkan keanjalan dalam sektor perkhidmatan berjaya menambat ekonomi Jepun sejak suku kebelakangan ini.
PMI perkhidmatan kilat Au Jibun Bank turun kepada 51.1 pada Oktober berbanding 53.8 pada September bulan lepas, penurunan itu menandakan kadar pertumbuhan paling perlahan sejak awal tahun ini.
Perniagaan baharu berkembang pada kadar lebih perlahan dan permintaan asing untuk perkhidmatan merosot buat kali pertama dalam tempoh 14 bulan, menurut tinjauan itu.
"Firma juga paling kurang optimis sejak Januari, mencerminkan keyakinan yang berkurangan berkaitan dengan keluaran masa depan," kata Pengarah Bersekutu Ekonomi di S&P Global Market Intelligence Jingyi Pan.
PMI komposit au Jibun Bank Flash Japan, yang menggabungkan kedua-dua aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan, jatuh kepada 49.9 pada Oktober berbanding 52.1 pada September.- REUTERS