fb fb fb fb fb

Sektor pembuatan negara, sokongan FMM penting

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Sokongan padu dan komitmen Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) penting dalam membangunkan sektor pembuatan negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini termasuk sumbangan daripada aspek advokasi, nasihat teknikal dan kerjasama aktif melibatkan agensi awam dan swasta.

"Sektor pembuatan adalah sektor penting bagi Malaysia dan apabila dilihat kepada eksport, 80 peratus eksport negara adalah daripada sektor pembuatan.

"Penyertaan aktif semua individu dalam pelbagai jawatankuasa kerajaan serta panel adalah sangat penting bagi saya, kementerian dan sudah semestinya kepada kerajaan," katanya kepada pemberita di sini.

Jelasnya, sektor itu amat signifikan kepada pasaran kerja, dengan 17 peratus daripada jumlah tenaga kerja tempatan adalah daripada sektor pembuatan.

FMM melantik semula Tan Sri Datuk Soh Thian Lai sebagai Presidennya bagi penggal 2024 hingga 2025.

Beliau dan ahli majlis FMM dipilih pada mesyuarat agung tahunan ke-55 yang berlangsung Disember lepas.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM