fb fb fb fb fb

Sektor pembinaan negara mampu bangkit - Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan

KUCHING, 10 April- Kerajaan optimis sektor pembinaan negara mampu bangkit selepas terkesan akibat perintah kawalan pergerakan dua tahun lepas.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata berdasarkan unjuran semasa projek sakit hanya merekodkan 2.4 peratus di seluruh negara.

"Oleh itu, kita kena selaraskan semula segalanya, dapatkan nasihat daripada pakar bank dan sebagainya dalam melaksanakan projek."

"Ia sekali gus memberikan indikasi. Hanya sebahagian kecil yang tergendala buat masa ini dan selebihnya berjalan lancar," kata Datuk Seri Ahmad kepada pemberita semasa kunjungan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Beliau turut memuji perpaduan yang dipaparkan rakyat negeri itu dalam menyambut perayaan.

Lebih 10,000 orang hadir dalam majlis rumah terbuka yang dihoskan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM