fb fb fb fb fb

Seksyen 1 WCE dibuka tengah malam 31 Ogos, tol percuma sebulan

Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE)

BANTING, 30 Ogos - Lebuhraya Persisir Pantai Barat (WCE) Seksyen 1 mula dibuka kepada pengguna bermula 12.01 minit tengah malam, 31 Ogos 2024.

Jajaran laluan itu bermula dari persimpangan Banting ke persimpangan bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan, (SKVE).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata; pengecualian tol turut diberikan selama sebulan kepada pengguna sehingga 29 September depan.

"Tol percuma akan diberikan kepada pengguna Lebuhraya WCE sahaja, ia akan memudahkan pengguna demi kelancaran perjalanan ke Perak dan Selangor" katanya pada Sidang Media Majlis Pembukaan Lebuhraya Persisir Pantai Barat (WCE) Seksyen 1 di sini.

"Lebuhraya bukan sekadar pengguna bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, tetapi sebenarnya memangkin pembangunan di kawasan yang dilalui,

"Pembukaan lebuhraya ini juga dijangka mampu membantu pembangunan Port Klang ke kawasan aktiviti ekonomi. Kita harapkan akan jadi pemangkin besar kepada pembangunan ekonomi," katanya.

Katanya lagi 10,000 kenderaan dijangka akan menggunakan lebuhraya itu sehari.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan Lebuhraya WCE Seksyen 2 dijadual dibuka pada Disember ini.

Jajaran sepanjang 12.5 kilometer (km) itu adalah sebahagian daripada projek yang merentasi bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia menghubungkan Changkat Jering di negeri Perak (Utara) ke Banting negeri Selangor (tengah) sepanjang 314.5 km.

Seksyen 1, Lebuhraya WCE ini yang bersambung ke Lebuhraya Lembah Klang.

Bagi pengguna yang berada di sekitar Lembah Klang, mereka boleh melalui laluan Jalan Banting-Semenyih (FT031) sehingga ke Persimpangan Banting susur 3201 di Kampung Sungai Manggis.

Pengguna juga boleh melalui Plaza Tol Kota Seri Langat sebagai penanda permulaan kutipan tol bagi jajaran Seksyen 1 WCE.

Selepas itu, pengguna akan melalui Persimpangan SKVE susur 3203 sebagai penamat Seksyen 1 dan akan memasuki Lebuhraya SKVE melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas, SKVE susur 2608.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD