Segera siasat insiden hina Al-Quran di media sosial

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Februari— Tindakan seorang individu yang memuat naik kandungan memijak al-Quran di platform media sosial, Threads dengan menggunakan nama akaun ryandaselva disifatkan sebagai biadap, menghina agama Islam serta mencabar sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Komunikasi menggesa tindakan terhadap individu yang memijak al-Quran di platform Threads.
  • MCMC diarahkan mengambil tindakan segera mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • PDRM diminta menyelaras untuk memastikan tindakan menyeluruh berdasarkan undang-undang diambil.
  • Perbuatan yang menghina agama dan mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi kenyataan di Facebook menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk segera mengambil tindakan  bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada masa sama, beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI, berkata MCMC akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan menyeluruh dan tanpa kompromi, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada

Tegas beliau, sebarang perlakuan yang menyentuh sensitiviti agama serta mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali.

“Sebarang perlakuan menyentuh sensitiviti agama dan mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.