KUALA LUMPUR, 4 November- Sebuah kereta dilaporkan terjatuh ke dalam runtuhan tebing akibat kejadian tanah runtuh di Lembah Maju, Pandan Indah awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisoner (ACP) Mohd Azam Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 4.35 pagi dan mendapati lokasi kejadian merupakan kawasan parkir awam bersebelahan dengan longkang besar.
"Terdapat sebuah kereta yang diparkir terjatuh ke dalam runtuhan tebing dan pemilik kenderaan sudah dimaklumkan mengenai kejadian," katanya..
Pihak berkuasa sedang menunggu analisis pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan terbabit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Setakat pukul 10.00 pagi tadi, kenderaan terbabit masih berada di lokasi kejadian dan pihak berkuasa mengeluarkan kenderaan tersebut.