KUALA LUMPUR, 4 Julai- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; SC mengeluarkan amaran mengenai penipuan pelaburan saham pra-Tawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat bakal disenarai di Bursa Malaysia.
Setakat kini, kerugian melibatkan penipuan tersebut mencecah RM800,000, berdasarkan pelbagai aduan dan pertanyaan daripada pelabur.
SC dalam kenyataan menjelaskan, pelaku akan menyamar sebagai ejen dan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk mempromosi pelaburan Pra-IPO.
Pembayaran untuk langganan IPO dibuat ke akaun bank entiti yang tidak berkaitan, disyaki sebagai akaun bank keldai.
SC memandang serius dan akan terus memantau serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti penipuan pelaburan sedemikian.
Orang ramai dinasihat berwaspada terhadap tawaran pelaburan dan pastikan tidak membuat pemindahan atau mendepositkan wang ke dalam akaun mencurigakan.
Pengesahan tawaran pelaburan boleh dibuat melalui SC Investment Checker di laman terte