fb fb fb fb fb

SATU beri jaminan bekalan air di Terengganu tidak terjejas ekoran cuaca panas

KUALA TERENGGANU, 16 Mei- Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) memberi jaminan, bekalan air di negeri itu tidak akan terjejas meskipun berdepan cuaca panas ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ts Abdul Karim Endut berkata, SATU mempunyai keupayaan pengeluaran sebanyak 1,041 juta liter air sehari menerusi 15 loji rawatan air (LRA) di seluruh negeri untuk dimanfaatkan 364,000 akaun pengguna.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku gangguan aliran sungai air mentah akibat cuaca panas.

Susulan itu terdapat loji yang perlu dikurangkan pengeluaran supaya operasi harian dapat berjalan.

SATU juga turut mendapat bekalan air tambahan dari Empangan Kenyir sekiranya berlaku kekurangan air di negeri ini.

"Sekarang ini, pengeluaran kita di Terengganu meningkat daripada 720 juta liter sehari untuk tahun lepas kepada 811 juta liter sehari pada ketika ini.

Jadi kita masih ada lagi dalam 200 juta liter simpanan air," katanya kepada pemberita selepas melawat LRA Kepong 2 dan Muka Sauk di Kampung Pulau Musang, di sini.

(Foto hiasan)

Sementara itu SATU turut memaklumkan, sekiranya berlaku gangguan bekalan air dalam tempoh musim kemarau ini, ia bukan disebabkan oleh air sungai kering.

Sebaliknya, berpunca daripada paip pecah dan kerja-kerja penyelenggaraan di LRA.

Media Baharu