
KUCHING, 11 April – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengajak lebih ramai wanita tampil menjalani saringan ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) DNA melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi mengesan awal risiko kanser serviks.
- Menggalakkan lebih ramai wanita menjalani saringan HPV DNA melalui LPPKN untuk mengesan awal risiko kanser serviks.
- Kesedaran dan tindakan segera diperlukan untuk membendung jangkitan HPV serta mengelakkan penyakit menjadi lebih serius.
- Kementerian menyasarkan saringan lebih meluas dan bimbang beberapa negeri merekodkan kurang daripada 500 wanita menjalani saringan.
Beliau berkata, kesedaran dan tindakan segera dalam kalangan wanita diperlukan bagi membendung kes jangkitan HPV selain mengelakkan risiko penyakit menjadi lebih serius.
“Berdasarkan saringan yang dijalankan dari tahun 2019 hingga tahun lepas, seramai 4,710 wanita dikesan positif HPV, selain 92 kes prakanser dan 10 kes kanser serviks direkodkan daripada keseluruhan 55,266 wanita yang menjalani pemeriksaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Outreach We Care Memperkasa Komuniti Etnik di Kampung Pasir Panjang, di sini, petang tadi.
Kmenterian turut menyasarkan seramai 5,500 wanita menjalani ujian HPV DNA dan 4,000 wanita menjalani pemeriksaan mamogram di seluruh Sarawak.
Dalam pada itu, beliau juga menyuarakan kebimbangan apabila terdapat negeri yang mencatatkan jumlah wanita menjalani saringan HPV kurang daripada 500 orang.