KUCHING, 2 Oktober - Kerajaan Sarawak kekal teguh bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam mengecam tindakan rejim Zionis Israel yang memintas kapal Global Sumud Flotilla (GSF).
Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kapal tersebut membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan tujuan murni membantu mangsa kekejaman.
Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kebijaksanaan Datuk Seri Anwar dalam mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan mengenai perkara itu.
"Israel tidak tahu berhenti⦠sebenarnya mereka (GSF) adalah dalam misi kemanusiaan, mereka mahu membantu mangsa di sana. Namun, saya yakin Perdana Menteri mempunyai dengan visi dan prinsip kita (Malaysia) dengan sangat jelas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di sini.
Terdahulu, Perdana Menteri menggesa rejim Zionis Israel supaya segera membebaskan semua aktivis dan sukarelawan antarabangsa, termasuk rakyat Malaysia, yang ditahan selepas kapal GSF dipintas.
Setakat pukul 4.00 petang tadi, Pusat Kawalan Sumud Nusantara mengesahkan bahawa seramai 15 rakyat Malaysia telah ditahan oleh tentera Israel.
BERITA BERKAITAN:
- PM harap semua aktivis dalam misi GSF dibebaskan dengan selamat
- Beberapa kapal bawa delegasi Malaysia dalam misi GSF, dipintas tentera Israel
- PM giat hubungi pihak berkepentingan, pastikan aktivis GSF dibebaskan
- GSF: Nadzmi Adhwa rayu rakyat Malaysia bertenang, elak sebar spekulasi
- JAKIM, JAWI diarah anjur Solat Hajat & Qunut Nazilah susulan sekatan misi GSF ke Gaza
- Johari kecam tindakan Israel pintas kapal GSF
- Tentera Israel pintas kapal GSF