fb fb fb fb fb

Sarawak rai Hari Malaysia dengan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

BINTULU, 15 September - Sarawak menganjurkan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena sambutan Hari Malaysia peringkat negeri sempena sambutan Hari Malaysia peringkat negeri, sebagai wadah mempererat keharmonian dan kebersamaan rakyat.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan, acara tahunan itu menghimpunkan rakyat pelbagai kaum dan agama, sekali gus mencerminkan semangat toleransi, keterangkuman dan hormat-menghormati yang menjadi tunjang perpaduan Sarawak.

"Apabila saya melihat sekeliling dewan ini, saya berasa bangga menyaksikan rakyat berbilang kaum dan agama bersatu padu memeriahkan majlis. Semangat perpaduan, kerjasama dan keharmonian yang ditunjukkan turut mencerminkan slogan Segulai Sejalai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Hari Malaysia di sini malam tadi.

Majlis yang dihadiri komuniti pelbagai agama dan kepercayaan itu bertujuan memberi kesyukuran serta mendoakan kesejahteraan negara.

Dalam pada itu, penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain UNIFOR turut dimaklumkan dalam majlis itu. Ia akan terus menjadi wadah penting dalam memperkukuh keharmonian.

Sejak ditubuhkan, Kerajaan Sarawak telah menyalurkan lebih RM565 juta untuk pembangunan rumah-rumah ibadat bukan Islam dan sekolah mubaligh di seluruh negeri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI