fb fb fb fb fb

Sarawak pantau kemasukan JI

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi, dan Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

KUCHING, 18 Mei- Sarawak akan memantau kemasukan penceramah-penceramah atau kumpulan dakwah Islam ke negeri itu.

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi, dan Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ia penting bagi memastikan ideologi melampau yang bercanggah dengan ajaran Islam dapat dicegah.

Oleh itu, katanya setiap penceramah mahupun pendakwah diwajibkan mendapat tauliah sebelum dibenarkan berdakwah ke negeri itu.

"Langkah itu diambil bagi memastikan kita dapat mengekang penularan dan mencegah penularan yang bercanggah dengan agama Islam," kata Datuk Dr. Abdul Rahman kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuching di Masjid Darulhana, Kuching malam tadi.

Beliau diminta mengulas akan langkah Kerajaan Sarawak dalam mengekang kemasukan ekstrimis agama, seperti Jemaah Islamiah ke Sarawak.

Ia susulan insiden serangan kumpulan terbabit di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang membunuh dua anggota polis semalam.

Terdahulu, Nordin Putit dinobat selaku juara Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuching dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE