fb fb fb fb fb

Sarawak komited permudah proses ambil buruh kelapa sawit dari Indonesia

FOTO HIASAN

KUCHING, 7 Januari- Sarawak akan memudah cara proses pengambilan pekerja ladang kelapa sawit dari Indonesia.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata, pihaknya akan mempercepatkan kemasukan pekerja asing selewat-lewatnya 45 hari seperti di semenanjung, setelah melihat kepada proses birokrasi yang terlalu rumit

"Kita cuba bila sistem dah siap, mungkin kita boleh mula laksana Januari atau Februari untuk lihat apa yang boleh kita lakukan," katanya.

Jelas Stephen, ia bagi menyokong 85 operasi perladangan kelapa sawit milik SALCRA.

Katanya lagi, ada antara kes pengambilan terlewat sehingga dua tahun dan ia merugikan industri perladangan.

Bercakap kepada media selepas lawatan kerja ke Indonesia di Kuching pagi tadi, beliau memaklumkan usaha itu akan dilaksanakan seawal bulan depan.

Pada majlis itu, seramai 65 pekerja dari Indonesia yang baru tiba dirai dalam satu majlis dan selebih 302 pekerja lagi akan tiba pada awal bulan depan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE