fb fb fb fb fb

SAR tiga nelayan hilang sejak Sabtu lalu diteruskan

Foto Maritim Malaysia

ALOR SETAR, 13 Januari - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan tiga nelayan yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu diteruskan semula pukul 7.30 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis Romli Mustafa berkata, operasi SAR hari ini melibatkan aset bot Maritim Malaysia, pasukan marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Keluasan sektor pencarian sejauh 371.28 batu nautika persegi," menurut Romli menerusi satu kenyataan.

Media melaporkan tiga nelayan termasuk dua beranak dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke pangkalan daripada melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat rawai.

Ketiga-tiga mereka ialah Asrulhisham Zainon, 47 tahun dan anaknya, Mohd Aiman Asrulhisham, 17 tahun serta rakan mereka dikenali sebagai Mohd Al Amin Sufian 29 tahun dipercayai keluar menangkap ikan di sekitar kedudukan 10.9 batu nautika barat Pulau Payar.

TETITIA YUSOFF