fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan terap konsep Malaysia Madani

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 30 Januari - Berorientasikan penerapan konsep Malaysia Madani, sambutan Hari Wilayah Persekutuan kali ini bertujuan memupuk semangat muhibah dan kesaksamaan.

Bukan sahaja dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan, malah rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai@Thomas berkata objektif tersebut mengambil kira peranan signifikan ketiga-tiga negeri Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dalam struktur pentadbiran negara.

(Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai@Thomas)

"Ketiga-tiga wilayah mempunyai peranan masing-masing. Kuala Lumpur merupakan ibu negara pada negara kita, Malaysia. Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan dan Labuan sebagai pusat kewangan pesisir laut.

"Konsep Malaysia Madani merupakan salah satu faktor yang kita ambil kira dalam program sambutan Hari Wilayah pada tahun ini. Sebab itu kita menerapkan konsep kesamarataan dan penglibatan semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama untuk turut beserta dalam program-program yang telah kita susun dan yang akan kita laksanakan sepanjang tempoh bulan Februari ini," katanya.

Bercakap ketika menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Parang Abai@Thomas juga berkata sebanyak 26 program mengisi sambutan Hari Wilayah 2023 sepanjang Februari ini.

Katanya, antara program utama termasuk Program Kibar Bendera dan Mucang-mucang Sewilayah.

"Program Kibar Bendera Wilayah Persekutuan telah pun berlangsung pada 15 Januari yang lepas sebagai 'kick off programme' untuk semua program sepanjang tempoh sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

"Keduanya adalah program gotong-royong yang kita panggil sebagai program Mucang-mucang Sewilayah yang diadakan secara serentak di ketiga-tiga wilayah dan kita akan libatkan seluruh warga Wilayah Persekutuan. Kita ada juga program penjualan 'MyGrocer' penjualan barang-barang keperluan kepada masyarakat khususnya golongan B40," katanya.

Media Baharu