fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Perlis

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis

KANGAR, 31 Ogos - Kira-kira 10,000 pengunjung menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini berbanding kelazimannya di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.

Perbarisan dan perarakan melibatkan 73 kontinjen mewakili agensi kerajaan, badan beruniform, pelbagai lapisan masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan melibatkan 2,820 peserta.

Selain itu, turut diadakan pameran agensi melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), persembahan perarakan 163 aset ketenteraan daripada Tentera Darat Malaysia serta jabatan dan agensi kerajaan.

Selain perbarisan dan perarakan Kontinjen serta aset agensi, sambutan kali ini meriah dengan pelbagai pengisian menarik berunsur patriotisme dan kenegaraan termasuklah Persembahan Tarian Tradisonal – Tarian Kemerdekaan oleh Kumpulan Indrasutra daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Persembahan Koir oleh 114 pelajar dari Institut Pendidikan Guru
(IPG) Perlis, Deklamasi Sajak Kemerdekaan dan Pertandingan Pakaian Hari Kebangsaan.

Sebagai nilai tambah kepada acara, lebih daripada 40 gerai jualan makanan oleh usahawan kecil serta 10 trak makanan turut disediakan.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menyaksikan perbarisan dan perarakan kontinjen sempena Hari Kebangsaan Ke-68.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI