fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 21 Mei - Jemaah Menteri hari ini memutuskan sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan diadakan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Sambutan Hari Malaysia pula, akan berlangsung di Sabah dengan lokasi khusus akan ditentukan kemudian.

Jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, lokasi penganjuran Hari Malaysia akan ditentukan selepas mesyuarat pertama bersama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

“ Tahun ini Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya.”

“Manakala sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Sabah dan lokasi khusus akan diumumkan selepas mesyuarat pertama dipengerusikan bersama antara saya dan Datuk Christina Liew menteri yang dipertanggungjawabkan bagi pihak Negeri Sabah”, katanya demikian pada sidang media di sini,hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD