fb fb fb fb fb

Sambutan Aidilfitri di Melaka tampil konsep rimba

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 22 April- Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Melaka mengetengahkan konsep rimba yang membawa erti ketenangan, hijau dan bersih.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu merupakan gambaran kemakmuran negeri yang terkenal dengan jolokan negeri bandaraya bersejarah.

Program seumpama itu dilihat mampu memupuk jalinan ukhwah antara pemimpin di peringkat persekutuan, negeri dan seluruh rakyat khususnya di Melaka.

"Melaka dipilih sebagai salah satu daripada tujuh buah negeri bagi penganjuran Majlis Aidilfitri MADANI anjuran bersama-sama Kementerian Sumber Manusia.

"Terima kasih kerana kerajaan persekutuan memandang kami di sini. Dari Linggi ke Kota Melaka, Ramai pelancong datang ke sini, Bukan Melaka sebarang Melaka, Melaka sejahtera tiang seri MADANI," katanya semasa berucap dalam sambutan berkenaan di MITC, di sini.

Sambutan itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Mohd Ali Mohd Rustam; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta barisan kepimpinan kerajaan persekutuan dan negeri.

Kira-kira 20,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan sambutan berkenaan yang berlangsung seawal pukul 4.30 petang tadi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI