fb fb fb fb fb

Salah guna teknologi AI, tindakan akan diambil

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 21 Mei- Kementerian Komunikasi akan berbincang bersama-sama Kementerian Digital serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhubung mempergunakan suara penyanyi untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, tindakan proaktif akan diambil bagi meneliti isu tersebut supaya tidak merosakkan industri kreatif negara berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

"Kita tahu Kementerian Digital, MOSTI juga sedang meneliti isu AI. Kita tahu kreativiti dalam menggunakan AI boleh menghasilkan banyak kandungan baru.

"Tetapi pada masa yang sama apabila melibatkan isu hak atau 'copy right' bagi para artis, di sini saya nampak kita kena ada sedikit perbincangan," katanya selepas menghadiri malam gala dan sidang media filem Memoir Seorang Guru di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI