
KUALA LUMPUR, 3 Mac – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir menyantuni Majlis Berbuka Puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tan Seri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) pada Isnin.
- Saifuddin hadir dan disambut oleh Ketua Polis Negara serta pegawai kanan PDRM semasa majlis iftar di PULAPOL.
- Hadir hampir 300 anggota polis dari pelbagai pangkat menyertai majlis berbuka dan solat berjemaah.
- MAIWP menyerahkan sumbangan kepada Masjid Salihin PULAPOL melalui Ketua Polis Negara sebagai wakil.
- Majlis memupuk ukhuwah antara pimpinan kementerian dan warga PDRM serta menghayati Ramadan dalam kalangan penjawat awam.
Saifuddin yang tiba kira-kira pukul 7.00 malam disambut oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail serta barisan pegawai kanan PDRM. Beliau turut diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan.
Majlis yang dihadiri hampir 300 anggota polis daripada pelbagai pangkat itu turut menyaksikan penyerahan sumbangan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada Masjid Salihin PULAPOL.
Sumbangan berkenaan diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebagai wakil pihak masjid.
Dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran, para tetamu dan anggota yang hadir bersama-sama berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di masjid Salihin.
Majlis berkenaan dilihat sebagai platform mengeratkan hubungan antara kepimpinan tertinggi kementerian dan warga PDRM, di samping menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan penjawat awam.