SAC Zaihairul Idrus dilantik Timbalan Ketua Polis Perlis baharu

Majlis serah tugas disaksikan Ketua Polis Perlis/Foto RTM

KANGAR, 17 Mac – Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, SAC Zaihairul Idrus dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perlis yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menggantikan SAC Mohd Ismail Ibrahim yang akan bersara wajib pada 23 Mac.
  • Berpengalaman 24 tahun dalam Jabatan Siasatan Jenayah melibatkan siasatan, risikan dan operasi.
  • Majlis serah terima disaksikan Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim di IPK Perlis, melibatkan pemakaian pangkat, tandatangan dan pertukaran dokumen.

Beliau menggantikan SAC Mohd Ismail Ibrahim yang akan bersara wajib pada 23 Mac.

SAC Zaihairul berpengalaman selama 24 tahun dalam Jabatan Siasatan Jenayah melibatkan siasatan, risikan dan operasi.

Majlis serah terima tugas disaksikan oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan upacara pemakaian pangkat diikuti menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas antara SAC Mohd Ismail dan SAC Zaihairul.