fb fb fb fb fb

RUU Pasaran Modal dan Perkhidmatan, ditarik balik

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Rang Undang-Undang (RUU) Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2023 yang dijadual untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, ditarik balik.

Usul menarik balik RUU itu dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Dua, Steven Sim di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

RUU tersebut dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

RUU tersebut bertujuan meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) termasuk cadangan untuk membolehkan penubuhan subsidiari pengawalseliaan bagi menjalankan kewajipan di bawah Akta 671 tersebut.

Pindaan Seksyen 21 itu juga membolehkan subsidiari pengawalseliaan kuasa mengambil tindakan tanpa menghalang subsidiari lain selain juga bertujuan untuk memberi Suruhanjaya Sekuriti (SC) kuasa untuk mengubah, menambah kepada atau membatalkan apa-apa perkiraan yang dibuat.

Selain itu, ia juga bertujuan memasukkan Seksyen baharu 21A yang memberi kuasa kepada SC untuk mengarahkan suatu syarikat pemegangan di Bursa Malaysia dalam menubuhkan subsidiari pengawalseliaan, jika diperlukan.


(Foto Fail)

Media Baharu