fb fb fb fb fb

RUU Keselamatan Siber akan ditambah baik - Mohamad Hasan

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 14 November- Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber sedang dirangka untuk digubal bagi menambah baik pengurusan keselamatan siber negara, di bawah Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024.

Strategi tersebut menggariskan lima tonggak utama secara komprehensif, dengan 12 strategi dan 35 pelan tindakan untuk dilaksanakan, bertujuan mewujudkan persekitaran siber yang selamat, terpercaya dan berdaya tahan.

Selain itu, merangsang kemakmuran ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar, strategi itu turut melibatkan pelaksanaan pelbagai inisiatif keselamatan siber, termasuk pembentukan RUU Keselamatan Siber, pembangunan kapasiti dan keupayaan tenaga mahir bidang siber serta pengukuhan kerjasama awam-swasta dan hubungan antarabangsa.

"Rang Undang-UNDANG (RUU) Keselamatan Siber adalah bertujuan untuk mewujudkan undang-undang keselamatan siber yang lebih menyeluruh dan komprehensif bagi melengkapkan undang-undang sedia ada."

"Pada November 2023, jemaah menteri secara prinsip telah bersetuju dengan penggubalan RUU Keselamatan Siber, bagi memperuntukkan kuasa kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan keselamatan siber. Dalam hal ini, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan diperkukuh, menjadikannya sebagai agensi peneraju keselamatan siber negara dan sebagai agensi penguat kuasa RUU itu nanti," kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapannya yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Mohamad mewakili Perdana Menteri merasmikan program Pembangunan Kapasiti dan Dialog Awam Rang Undang-Undang Keselamatan Siber di Institut Antarabangsa Pemikiran Tamadun Islam dan Alam Melayu (ISTAC-IIUM), di ibu negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM