fb fb fb fb fb

Rundingan nuklear Iran masih ada harapan

(Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell/REUTERS)

WANGELS, 14 Mei - Rundingan mengenai program nuklear Iran yang terbantut sejak 2018 menerima nafas baharu susulan rundingan di Tehran, kata Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell sambil menambah bahawa beliau yakin perjanjian muktamad dapat dicapai.

Borrell berkata misi Utusan EU, Enrique Mora minggu ini untuk membantu memulihkan pakatan nuklear 2015 antara Iran dengan kuasa dunia telah berjalan lebih baik daripada jangkaan.

"Rundingan telah terhenti dan kini telah disambung semula," kata Borrell kepada pemberita di luar mesyuarat G7 di Jerman.

"Terdapat perspektif untuk mencapai persetujuan muktamad," katanya.

Mora mengadakan perbincangan dua hari dengan ketua perunding Iran, Ali Bagheri di Tehran minggu ini.

(Enrique Mora menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) di Vienna, Austria, 9 Disember 2021/REUTERS)

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, sementara itu bertemu dengan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan Presiden Ebrahim Raisi pada hari Khamis untuk memulihkan rundingan agar kemajuan dapat dicapai.

Perjanjian 2015 melonggarkan sedikit sekatan yang dikenakan terhadap Iran sebagai pertukaran untuk mengekang program nuklearnya untuk menjamin bahawa ia tidak dapat membangunkan senjata nuklear, sesuatu yang Tehran sentiasa nafikan.

Secara rasmi dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPA), perjanjian itu tergantung pada 2018 berikutan keputusan unilateral Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump menarik diri dan mengenakan sekatan yang menghukum terhadap Iran.

Tindakan Trump mendorong Tehran untuk menarik balik komitmen dan pematuhannya kepada JCPA. -AFP
.

Media Baharu