fb fb fb fb fb

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian Chong

KUCHING, 3 Februari – Sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Jalan Chong Jin Chong, Batu Kawa New Bazaar di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.04 malam.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang segera dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

"Setibanya di lokasi, pasukan bomba bertindak mengawal kebakaran bagi mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran.

"Operasi berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh 22 minit dan api dapat dipadamkan pada pukul 7.26 malam," menurut kenyataan bomba.

Bagaimanapun, tiada penghuni berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian.

Rumah berkenaan dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian Chong.

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.28 malam.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN