fb fb fb fb fb

Rumah Kelab PPTD lokasi pertemuan dan pertukaran idea dalam kalangan ahli, alumni

(Mohd Zuki (dua dari kanan) pada Majlis Pecah Tanah Rumah Kelab PPTD, di Presint 18)

PUTRAJAYA, 22 Mac - Rumah Kelab Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) yang dijangka siap tiga tahun lagi menjadi lokasi pertemuan dan pertukaran idea dalam kalangan ahli dan alumni PPTD.

Lokasi baharu itu lebih strategik bagi manfaat ahli-ahlinya.

Berkeluasan lebih 71,000 kaki persegi, Rumah Kelab PPTD menempatkan pejabat sekretariat, dewan, bilik mesyuarat dan pelbagai ruang beraktiviti.

(Mohd Zuki Ali)

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata cadangan pembinaan Rumah Kelab PPTD itu merupakan inisiatif ahli kelab berkenaan dan sepenuhnya menggunakan dana PPTD.

"Cadangan pembinaan rumah ini adalah hasil inisiatif persatuan PTD sendiri. Saya sebagai ahli menyokong penuh inisiatif PPTD untuk mereka mempunyai bangunan rumah kelab sendiri, memperbanyakkan aktiviti kebajikan dengan ahli-ahli," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Rumah Kelab PPTD, di Presint 18, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Presiden PPTD, Datuk Seri Sallehuddin Hassan.

Media Baharu