fb fb fb fb fb

Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Pulau Ketam

Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di kawasan Bagan Tau Chu, Pulau Ketam

KLANG, 6 September- Sebuah rumah kayu musnah dalam kebakaran di kawasan Bagan Tau Chu, Pulau Ketam kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah kayu kelas C berkeluasan 50 x 40 kaki persegi yang terbakar 100 peratus.

"Pemeriksaan mendapati sebuah lagi rumah berkeluasan 20 x 40 kaki persegi terbakar 30 peratus.

Kebakaran turut melibatkan sebuah rumah burung yang terbakar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, api berjaya dikawal daripada merebak dengan bantuan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bersama Bomba Sukarela Pulau Ketam.

Operasi pemadaman menggunakan dua pam, empat hos dan satu nozel itu selesai sepenuhnya pada pukul 2.50 petang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN