fb fb fb fb fb

Rumah dihempap pokok, seorang lelaki parah

Sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah rumah di Jalan Kampung Nyior, Bukit Selambau

SUNGAI PETANI, 17 September– Seorang lelaki parah di kepala selepas rumahnya di Jalan Kampung Nyior, Bukit Selambau dihempap pokok tumbang, awal pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, Azahari Abdullah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.18 pagi tadi.

"Sepasukan anggota dari BBP Amanjaya yang diketuai Rofae Samsuiman bersama-sama lapan anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Setibanya di lokasi, didapati pokok tumbang menghempap sebuah rumah menyebabkan lelaki berusia 34 tahun itu parah di kepala," katanya

Bagaimanapun anggota bomba melakukan tindakan awal dengan mengeluarkan mangsa di dalam rumah terbabit sebelum diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi.

Lelaki terbabit dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI