fb fb fb fb fb

Rumah didiami tujuh sekeluarga musnah dijilat api

FOTO JBPM

GEORGE TOWN, 17 Jun- Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dijilat api pagi tadi.

Kejadian yang berlaku berhampiran Taman Desa Penaga, Jelutong itu bagaimana tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Timbalan Penguasa Bomba 1, A’azelan Hassan berkata dua daripada mangsa mengalami cedera ringan dan tekanan darah tinggi.

Dua mangsa tersebut melibatkan wanita berusia 39 tahun dan abangnya, 54 tahun.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mengalami kecederaan yang serius dan tidak dirawat di hospital.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 9.02 pagi.

Rumah mangsa dengan anggaran keluasan 60 kaki persegi itu musnah 90 peratus.

Kebakaran turut memusnahkan dua buah kereta sebuah motosikal turut terbakar.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.12 pagi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE