fb fb fb fb fb

RTM terima anugerah PRCA 2023

Presiden PRCA Malaysia, Prof Mohd Said Bani CM Din (kiri) menyampaikan PRCA kepada Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman bagi pihak RTM

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima Anugerah Kepimpinan Persatuan Perhubungan dan Komunikasi Awam Malaysia (PRCA) 2023.

Anugerah diberi sebagai penghormatan dan mengiktiraf sumbangan RTM kepada landskap penyiaran negara serta pencapaian cemerlangnya sejak tahun 1946.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden PRCA Malaysia, Profesor Mohd Said Bani CM Din kepada Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman bagi pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Anugerah Perhubungan Awam Malaysia edisi ke-15 yang berlangsung di sini.

"Saya begitu terharu untuk tim anugerah ini dan ini merupakan usaha-usaha kita untuk menambah baik program kita. Jadi konsultan-konsultan PRCA telah memilih RTM kerana mereka telah melihat perubahan yang telah dibuat oleh rakan-rakan kita semua dimana kita telah menggunakan tulisan yang cantik, warna yang menarik dan juga pengisian yang begitu bagus dalam pelbagai program berita, hiburan, sukan dalam pelbagai platform radio, digital dan tahniah daripada saya untuk rakan-rakan semua," kata Suhaimi.

TETITIA YUSOFF