fb fb fb fb fb

RTM terima anugerah khas, penyertaan aktif pengurusan sisa pepejal dan alam sekitar

IPOH, 3 Ogos- RTM menerima pengiktirafan khas atas penyertaan aktif dalam inisiatif alam sekitar mengenai pendidikan dan kesedaran awam.

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa, Md Shahri Saripan berkata anugerah diterima merupakan penghargaan buat seluruh warga kerja RTM yang telah menyalurkan pelbagai bentuk informasi berkaitan pengurusan sisa pepejal dan alam sekitar.

Pengiktiran yang diberi Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) itu juga menjadi pemangkin semangat kepada RTM untuk terus meningkatkan kesedaran orang awam melalui platform radio dan televisyen bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

"Dengan kejayaan ini, kita akan cuba untuk meningkatkan lagi hasil penerbitan sama ada menerusi platform radio atau televisyen, berita dan juga di media sosial.

"Sebab itu peranan besar, sepatutnya kita berikan kepada semua pihak terutama rakyat untuk melihat bagaimana negara kita mengendalikan isu-isu sisa pepejal dan alam sekitar," katanya.

(Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa, Md Shahri Saripan)

Beliau ditemui pemberita pada Persidangan Tahunan Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) 2023, di sini pada Rabu.

Md Shahri mewakili Ketua Pengarah Penyiaran menerima anugerah tersebut yang disampaikan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching.

Pada majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa turut berkenaan mencemar duli merasmikan persidangan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi WMAM, Ho De Leong berkata media memainkan peranan penting bagi mendidik masyarakat dalam penjagaan alam sekitar.

"Peranan media sangat penting dalam mendidik, memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap pengurangan sisa pepejal dan juga mengitar semula barang-barang," jelasnya.

(Pengerusi Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia, Ho De Leong)

Majlis anugerah yang diadakan itu bersempena Persidangan Tahunan WMAM 2023.

Ia bertujuan mengiktiraf peranan organisasi, pihak berkuasa tempatan, universiti dan media yang telah menunjukkan dedikasi luar biasa terhadap perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar.

Media Baharu