fb fb fb fb fb

RTM sesuaikan penyampaian maklumat PRU dengan teknologi terkini

Suhaimi Sulaiman/RTM

TAMING SARI, 4 Februari- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menggunakan pendekatan lebih menarik dan inovatif dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berkata langkah itu termasuk penggunaan teknologi terkini bagi mempersembahkan data dengan lebih berkesan serta menghiburkan.

"Kita melihat semula bagaimana cara kita menggunakan data dan mempersembahkannya dengan lebih menarik. Ini termasuk untuk program sedia ada serta persediaan sekiranya berlaku Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri misalnya.

"Perkara ini dibincangkan secara menyeluruh hari ini, termasuk bagaimana kita boleh memanfaatkan teknologi terkini untuk mempersembahkan data dengan cara yang lebih menghiburkan.

"Kita tidak boleh terperangkap dengan kaedah lama seperti penggunaan carta bar semata-mata. Pendekatan yang lebih sesuai dan relevan perlu digunakan agar maklumat dapat diterima dengan lebih baik oleh penonton hari ini dan itu yang sedang kita usahakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan di RTM Melaka, Jalan Taming Sari, hari ini.

SITI AISHAH MD ISA