fb fb fb fb fb

RTM Klik mampu teruskan kelangsungan dunia digital - Fahmi

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 1 April- Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal relevan dan unggul di hati masyarakat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata RTM mampu meneruskan kelangsungan dalam dunia digital yang semakin mencabar.

Jelas Fahmi, aplikasi RTM Klik mempunyai potensi yang besar dalam memperkembang dan menyediakan kandungan berkualiti kepada masyarakat.

"Harapan saya ia dapat dimanfaatkan bukan hanya untuk menjana sedikit pendapatan yang dapat disalurkan semula kepada penghasilan kandungan yang lebih baik, tapi maklumat yang disampaikan akan dapat kita salur kepada kumpulan sasar, sekali dengan kandungan yang sesuai manfaat ataupun sesuai dengan citarasa komuniti tertentu," kata Fahmi kepada pemberita selepas rakaman Naratif Khas sempena Hari RTM Ke-78 di Wisma Berita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM