KUALA LUMPUR, 19 Februari- Sebanyak 466,421 unit atau 93.3 peratus rumah mampu milik (RMM) berjaya disiapkan, dalam pembinaan dan telah memperolehi kebenaran perancangan, setakat 31 Disember lalu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, optimis sasaran 500,000 unit rumah mampu milik yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 dapat dicapai menjelang hujung tahun ini.
Usaha berkenaan akan diperhebat dalam Rancangan Malaysia Ke-13 bagi memastikan lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.
“Setiap kali kerajaan buat perancangan seperti RMK12 untuk pastikan 500,000 RMM dibina, tidak ada satu kerajaan pun capai sasaran itu tapi kali ini, penghujung tahun ini kita akan dapat capai 500,000 RMM ditawarkan kepada rakyat dikasihi,” katanya di Dewan Rakyat.
Kerajaan juga akan memperluas Program Residensi Rakyat (PRR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan peruntukan sebanyak RM900 juta.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen, Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.