fb fb fb fb fb

RMK13: Guru PASTI layak terima gaji minimum

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) turut tertakluk kepada Perintah Gaji Minimum 2024 sebagaimana pekerja sektor swasta yang lain.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menegaskannya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Isu berkenaan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung nasib lebih 9,500 guru PASTI yang dilaporkan hanya menerima elaun antara RM600 hingga RM700 sebulan, jauh bawah kadar gaji minimum RM1,700 ditetapkan.

“Mengikut Perintah Gaji Minimum (PGM), pematuhan terhadap gaji minimum tetap terpakai kepada guru PASTI, sama seperti pekerja sektor swasta yang lain.

“Sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap PGM, saya sarankan perkara ini dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk siasatan,” tegasnya.

PGM 2024 yang berkuat kuasa secara menyeluruh di seluruh negara menetapkan pekerja sepenuh masa wajib dibayar tidak kurang daripada RM1,700 sebulan, kecuali dinyatakan sebaliknya bawah peruntukan tertentu.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN