KUALA LUMPUR, 17 Disember- Sebanyak RM710,000 peruntukan khas disalur Jabatan Wilayah Persekutuan bagi memperkasa Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh Wilayah Persekutuan.
Dana tersebut diagihkan kepada 15 PPDK merangkumi 10 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan dua di Labuan.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai @ Thomas berkata, inisiatif bertujuan memberi keselesaan komuniti OKU khususnya anak-anak kurang upaya dapat belajar dalam suasana kondusif dengan kelengkapan yang mencukupi.
"Ini adalah komitmen kita dalam memastikan komuniti OKU di Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan sokongan yang sewajarnya untuk menjalani kehidupan dengan lebih produktif," katanya.
Menurutnya lagi, peruntukan tersebut turut mencakupi pembaikan premis dan pembelian peralatan serta keperluan asas untuk melancar dan memperkasa program PPDK.
Katanya dalam ucapan perasmian Program Pembangunan Komuniti Wilayah Persekutuan di ibu negara.