fb fb fb fb fb

RM40 juta baik pulih kuarters, bangunan Polis Kontinjen Perak

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris/ BERNAMA

LENGGONG, 23 Ogos- Polis Kontinjen Perak menerima peruntukan RM40 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja baik pulih kuarters serta pembaikan bangunan dan fasiliti, tahun lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, daripada jumlah itu, RM25.26 juta adalah bagi pembaikan dan penyelenggaraan 844 unit kuarters di 90 lokasi di seluruh negeri itu di bawah Rolling Plan 3 di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) untuk tahun 2023 hingga 2025.

"Dengan peruntukan yang diluluskan ini akan memberi manfaat keselesaan, tidak hanya kepada warga PDRM yang bertugas di lokasi tersebut, tetapi juga kepada masyarakat yang berurusan di lokasi yang terlibat", katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembaikan kuarters di Balai Polis Lenggong.

Tambahnya, peruntukan RM10.72 juta pula disalurkan bagi kerja-kerja pembaikan bangunan dan fasiliti serta perolehan aset di 61 lokasi, antaranya mengecat semula bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dan IPD Pengkalan Hulu.

Bangunan pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Perak yang terbakar dan pembinaan semula pagar dan pos pengawal IPD Tapah yang roboh akibat kemalangan jalan raya tahun lalu, turut dibaik pulih.

 

ROSLINA BINTI DIN