fb fb fb fb fb

RM22,000 wang zakat dilarikan, kakitangan masjid putih mata

(FOTO HIASAN)

KANGAR, 11 April- Seorang kakitangan masjid terpaksa berputih mata, setelah wang zakat berjumlah RM22,000 untuk diagihkan kepada asnaf yang diletakkan dalam kereta telah dipecahkan dan dilarikan empat suspek.

Kejadian berlaku minggu lepas,  ketika mangsa meletakkan kenderaanya untuk urusan membeli barang di sebuah kedai sekitar kawasan Kangar Jaya. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop, bertindak atas laporan tersebut pihaknya telah membuat serbuan di kawasan Prai, Pulau Pinang dan telah menahan empat lelaki warga asing bagi membantu siasatan.

Polis turut menasihatkan orang ramai agar lebih peka dan berhati-hati terutamanya ketika mengeluarkan jumlah wang tunai yang banyak ketika musim perayaan ini.

Ujarnya lagi, polis masih memburu seorang lagi suspek dikenali dengan nama Akbar berumur 35 tahun berketinggian 165cm  bagi membantu siasatan .

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung keberadaan suspek diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kangar di talian 012-4132303. 


(Ketua Polis Daerah Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop)

Media Baharu